Friday, March 24, 2017

Idea untuk doorgift

Assalamualaikum.. selamat pagi...!!

Hari ni cik bunga nak cerita pasal persiapan perkahwinan..
Bagi cik bunga majlis perkahwinan ni perlu utamakan tetamu terlebih dahulu
Mereka datang ke majlis kita untuk raikan kita yg baru berumah tangga ni
Jadi doorgift ni sebagai tanda kita menghargai tetamu yang hadir
Memeriahkan majlis kita.. kan?

Kalau dulu pergi kenduri selalu dapat bunga telur ataupun sabun..
Paling kurang dapat sabun.. hihihi...
Tapi rasa seronok sebab benda free kan...
So hari ni cik bunga nk share bentuk doorgift yang boleh hampa
Cuba... Semua dari google jugak..heee...

 CUPCAKE/TELUR

Yang ni kalau ada family yang nak sponsor ka lagi bagus weh... Tak perlu packing dalam bekas lawa... Nanti bekas lagi mahal dari isinya...huhu.... Yg ni benda paling simple bole buat... Tapi

Cik bunga bagi idea lagi la... Korang boleh guna bekas cawan plastik macam ni dan letak kertas yg potong2 tu.. macam sarang burung tu..apa nama nya ya.. macam macam warna ada... Dan hampa boleh letak telur ke gula2 ke dalam tu.. kalau nak jimat boleh ikat terus cup plastik tu dengan reben...done!! Kalau ada bajet lebih boleh la balut dengan plastik dan letak tag serta reben .
Nak letak bunga kertas crepe tu pon ok sangat uolls...



TELUR/AIR KOTAK

untuk telur dan air kotak hampa boleh balut dengan kertas crepe mcm ni
Jimat jugak mcm ni weh... Kena pandai cari kedai yg murah2 la sikit... Ohhhh...
Untuk telur tu cik bunga suggest hampa balut dulu dengan wrap bubble,
Nanti tak ada la telur tu pecah bila campur banyak2 kan..hee.. air kota pula
Akan jadi bentuk kotak la.. tapi ok apa... Janji nampak comel dan jimat!!




CANDY/LOLIPOP/MARSHMALLOW

Ok.. untuk item tu sesuai la letak dalam cone ni... Simple saja..cumanya hampa kena la
Pandai pilih jenis paper, tak terlalu nipis dan tak terlalu tebal.. lagi satu, sesuai untuk 
Letak makanan.. ok? 
Macam lagi hampa boleh design.. nak letak reben ka, nak letak bunga ka.. 
Ikat dengan tali ka.. ikut tema wedding la..heeee...

Setakat ni cik bunga ada tiga idea tu saja untuk share dengan hampa.. sebab kalau 
Share banyak2 pun orang pening.. ya dak??


Ok, Assalamualaikum... Boo bye bye boo

   




No comments:

Post a Comment