Friday, March 24, 2017

Idea untuk doorgift

Assalamualaikum.. selamat pagi...!!

Hari ni cik bunga nak cerita pasal persiapan perkahwinan..
Bagi cik bunga majlis perkahwinan ni perlu utamakan tetamu terlebih dahulu
Mereka datang ke majlis kita untuk raikan kita yg baru berumah tangga ni
Jadi doorgift ni sebagai tanda kita menghargai tetamu yang hadir
Memeriahkan majlis kita.. kan?

Kalau dulu pergi kenduri selalu dapat bunga telur ataupun sabun..
Paling kurang dapat sabun.. hihihi...
Tapi rasa seronok sebab benda free kan...
So hari ni cik bunga nk share bentuk doorgift yang boleh hampa
Cuba... Semua dari google jugak..heee...

 CUPCAKE/TELUR

Yang ni kalau ada family yang nak sponsor ka lagi bagus weh... Tak perlu packing dalam bekas lawa... Nanti bekas lagi mahal dari isinya...huhu.... Yg ni benda paling simple bole buat... Tapi

Cik bunga bagi idea lagi la... Korang boleh guna bekas cawan plastik macam ni dan letak kertas yg potong2 tu.. macam sarang burung tu..apa nama nya ya.. macam macam warna ada... Dan hampa boleh letak telur ke gula2 ke dalam tu.. kalau nak jimat boleh ikat terus cup plastik tu dengan reben...done!! Kalau ada bajet lebih boleh la balut dengan plastik dan letak tag serta reben .
Nak letak bunga kertas crepe tu pon ok sangat uolls...



TELUR/AIR KOTAK

untuk telur dan air kotak hampa boleh balut dengan kertas crepe mcm ni
Jimat jugak mcm ni weh... Kena pandai cari kedai yg murah2 la sikit... Ohhhh...
Untuk telur tu cik bunga suggest hampa balut dulu dengan wrap bubble,
Nanti tak ada la telur tu pecah bila campur banyak2 kan..hee.. air kota pula
Akan jadi bentuk kotak la.. tapi ok apa... Janji nampak comel dan jimat!!




CANDY/LOLIPOP/MARSHMALLOW

Ok.. untuk item tu sesuai la letak dalam cone ni... Simple saja..cumanya hampa kena la
Pandai pilih jenis paper, tak terlalu nipis dan tak terlalu tebal.. lagi satu, sesuai untuk 
Letak makanan.. ok? 
Macam lagi hampa boleh design.. nak letak reben ka, nak letak bunga ka.. 
Ikat dengan tali ka.. ikut tema wedding la..heeee...

Setakat ni cik bunga ada tiga idea tu saja untuk share dengan hampa.. sebab kalau 
Share banyak2 pun orang pening.. ya dak??


Ok, Assalamualaikum... Boo bye bye boo

   




Saturday, March 18, 2017

Current skincare II

Assalamualaikum,

Kali STL nak tukar nama panggilan la... nak tukar jugak... tak mau guna STL dah.
Kita guna Cik Bunga pulak boleh?
suka hati la.... nak tukar...

ok.. kali ni Cik Bunga nak kongsi penjagaan wajah Cik Bunga,
sebelum ni punya produk Bunga dah stop pakai sebab tak ada perubahannya.. bukan Bunga harapkan result yang pantas untuk produk2 tu.. Kalau cepat sangat pun takut juga kan.
So, Bunga banyak cuba macam - macam produk sekarang ni. Kalau tak try and error
susah juga nak tahu kita tak sesuai jenis yang macam mana ada kulit kita sensitif dengan bahan apa
kan?

Jadi, Bunga akan pakai 1 produk dalam masa sebulan, kalau tak ada perubahan dalam masa sebulan, Bunga akan tukar produk lain. channggg!!!



Jadi produk pertama yang Bunga pakai ialah.. Bedak batu nasila.
bedak ni sesuai sangat kalau pakai untuk hari2, dan lagi satu bedak ni boleh juga dicampur dengan
air untuk dijadikan bedak sejuk. Bunga pakai bedak ni, dapat rasa kulit kurang berminyak dan kulit rasa lembut.



Yang kedua, Bunga pakai Cetaphil, hampa boleh cari dekat watsons ka guardian ka caring ka...
Hari tu bunga beli RM45.90 rasanya.. sangat best sebab kulit rasa lembab. lembab tau, bukan rasa berminyak. Kesannya Bunga belum dapat rasa lagi, mungkin perlukan masa lagi, tapi Bunga akan continue pakai sampai habis
sebab banyak tau, 500ml kot.



Yang ketiga, Bunga guna Sabun Cute, sabun cute ni RM2 sahaja 1 biji. 1 biji tu tahan untuk pemakaian antara 7-9 hari... sebulan hanya keluarkan RM8 sahaja weh!
memang jimat pakai sabun ni. Sabun Cute ada 6 jenis:
1. Kulit kayu manis + madu
2. Madu
3. Tomato
4. Delima
5. Kopi
6. Oat

Sekarang ni Bunga baru cuba kulit kayu manis + madu, baru 5 hari pakai. First time pakai, rasa gatal2
sikit, lepas tu dah ok.. sebab tu Bunga masih lagi pakai.hehehe.... Untuk yang lain2 tu, Korang boleh direct WhatsApp bunga untuk tengok testimoni pengguna yang lain.

So, 3 Produk tu saja yang Bunga pakai sekarang. Bedak batu nasila dan sabun cute tu Bunga ada jual tau, hampa boleh la tinggalkan no,fon kat bawah, nanti Bunga contact hampa ok?

Ok la.. nanti Bunga bercerita lagi dengan hampa.. Boo Bye Bye Boo..