Tuesday, April 12, 2016

USAHA STL NAK DAPATKAN MUKA "FLAWLESS"

Assalamualaikum!!

Alhamdulillah, sekarang baru boleh menulis blog balik...hihihi... tak apa la... bukan ada orang ternanti nantikan blog kami ponnnn......

ok...berbalik pada tajuk blog kita kali ni, STL nak mula bercerita la...

Hari tu, STL mula sedar jerawat mesti akan tumbuh besar2 pastu tinggalkan jerawat. Then, STL cuba satu produk ni, first tu macam ok la kan... then STL macam pelik, kenapa tak surut - surut pon jerawat.. Malah tumbuh jerawat pasir tu.... dia tumbuh dekat bahagian dagu ke mulut... rasa frust gila masa tu.... bila balik kampung mak mula marah STL 

Mak: "Tengok, muka dah jadi macam tu, jangan nak try benda - benda kosmetik yang tah apa2 dah"

STL: "Baiklah...."

Lepas tu, bermula misi nak menggembalikan balik muka masa muda2 dulu.... first sekali, STL mula kenal - kenal dengan diorang yang pernah jadi macam. Akak tu suggest akak makan Evening Primerose Oil (EPO), dan guna toner SIMPLE... Sungguh nak bagitau, STL tak pernah pakai toner sebelum... sekarang STL dah makan EPO tu, tapi belum ada apa2 perubahan yang ketara...  jerawat yang sebelum ni semua hilang...

MASALAHnya!! Tiap2 bulan akan tumbuh jerawat baru lepas tu tinggalkan bekas jerawat warna hitam tu... sakit hati betul la... then STL tengok orang dok pakai Moisturizing kan.. jadi sekarang ni STL pakai Moisturizing Cream CETAPHIL, susah gila nk cari kat Pulau Pinang ni... Last sekali jumpa dekat Watson, Jitra tu... (Kebetulan masa tu balik kampung)

Seterusnya.... STL pakai OXY setiap malam... dok pikir jugak, OXY untuk jerawat.... tapi sekarang ni STL nak hilang parut jerawat... so... pi la google merata..... then terjumpa tipnya iaitu:

1. Madu Lebah
2. Jus Lemon
3. Serbuk Kopi

sekarang ni STL tak ada masa lagi nak apply ketiga2 benda ni kat muka lagi... tapi, STL akan cuba mulakan dengan jus lemon.... setiap malam, apply dekat muka dan biarkan dia meresap.... oh ya!! sekarang ni dok tengah pakai Spot Away Pimple Cream Aiken.... bila pakai, rasa menyucuk ja kat tempat yang berjerawat tu.... dan STL juga mula amalkan air kangen... ni baru ja beli hari ni...jadi penjagaan muka STL termasuklah:

a) Pembersih safi
b) Toner Simple
c) Moisturizing cream cetaphil
d) Pimple cream Aiken
e) EPO (dah setengah botol nak habis)
f) Air kangen (Rasanya nak minum 5L untuk 3 hari)


Actually STL rasa mcam makin baik muka ni...tapi, jerawat akan tumbuh dalam masa 3 hari, then dia tinggalkan parut.... ni yang STL pening ni... kalau pakai make up.. mesti nampak bercampuk.... Kalau hampa ada apa2 cadang please comment below... tapi STL dah tak berani nak guna Produk yang tak dijual kat farmasi.. Maksudnya produk kecantikkan bumiputera... bukan tak nak sokong... STL jadi fobia dan dah insaf nak mencuba yang bukan - bukan.... 

No comments:

Post a Comment