Saturday, March 09, 2013

Osteoporosis

Assalamualaikum..
hah....apa tu Osteoporosis....
Senang cakap kurang kalsium la...
tadi STL pegi buat pemeriksaan kesihatan.. fokus utama pada tekanan darah..
maklum la nama pon Triple..ngeh3....Berisi2 jugak...pemeriksaan kesihatan kena la buat..ok??
then, STL rasa tekanan darah STL ok je..tak da masalah...
then, STL pegi check tulang STL pulak...
Nak tahu tak....STL punya tulang dah tak ada kalsium....
terkejut juga la kan.....
Diorang nasihat supaya minum susu (anlene atau everyday)...
Selain tu banyakkan berjogging....

-2.5

Yang buat STL pelik...selalunya benda ni selalu berlaku pada orang yang dah meningkat usia....atau sudah menopaus...STL ni muda lagi....20an lagi...
tahu tak kenapa???....
STL pon balik usha-usha apa tu Osteoporosis....

 Pelan tindakan STL seterusnya ialah :-
  • Tambahkan pengambilan makanan yang mengandungi kalsium. Kalsium mudah didapati daripada makanan laut dan hasil tenusu
  •  Ikan bilis mengandungi banyak sumber kalsium jika dimakan bersama tulangnya
  • Tinggalkan amalan kurang sihat seperti merokok dan minum minuman keras
  •  Makan makanan yang seimbang
  • Dapatkan nasihat doktor jika anda ingin mengambil kalsium tambahan kerana lebihan kalsium boleh menyebabkan batu karang
  •  Lakukan senaman secara berkala

Amalan Minggu Pertama dan Kedua:
  •  Surah Ibrahim ayat 13 hingga 21, baca 3 kali selepas solat Magrib atau Isyak dan mohon doa kepada Allah s.w.t.
  • Surah Qaaf ayat 16 hingga 45, baca 3 kali selapas solat Subuh atau waktu pagi dan mohon doa kepada Allah s.w.t.
Amalan minggu ketiga dan keempat:
  • Surah Al-Qasas ayat 29 hingga 40, baca 3 kali selepas solat Magrib atau Isyak dan mohon doa kepada Allah s.w.t.
  • Surah Saad ayat 34 hingga 61, baca 3 kali selapas solat Subuh atau waktu pagi dan mohon doa kepada Allah s.w.t.
# apa-apa pun...tak kira tua ke muda lagi ke..kesihatan kena jaga!!

No comments:

Post a Comment