Saturday, March 23, 2013

Dugaan..

Assalamualaikum....
hahaha....lama ugak yer STL tak menaipkan di blog kan? menambah koleksi cerita yang ada ni.
demam la..
dugaan...tak pa, sakit itu kan penghapus dosa.
nasib baik demam STL teruk selama....selama......
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
1 hari je....
betoi lah...malam tu memang rasa sakit sangat satu badan, then malam sebelum tu STL siap 
mimpi-mimpi lagi nak mati....badan rasa letih...rasa lemah yang teramat sangat..
STL tak mampu nak bangun....
Ya Allah tak tau nak cakap macam mana... 
Tapi STL cakap dan melalut apatah... STL takut sangat....
Kalau la sampai masanya nanti, takkan sempat kita nak cakap
"Ya Allah, jangan la ambil nyawa aku lagi"
mati itu tidak akan dicepatkan dan dilambatkan.. mati itu tepat pada masanya..
Ya Allah, STL harap kita semua akan mati dalam keadaan yang baik-baik..
jangan mati kita dalam keadaan yang hina dan dalam keadaan melakukan maksiat....


Sekarang, STL rasa sihat sikit..
Alhamdulillah....demam dah 'kosong', selsema dan kahak masih ada.
apa-apa pun Terima Kasih  Ya Allah...
kita cuma ingat yang Allah tu ada dalam setiap masa, setiap ruang waktu....Dia Maha Melihat..
Ya Rabbi...
Sayangnya Allah kat kita...
Jadi, bila Allah beri dugaan jangan la merungut itu ini..cakap lah Alhamdulillah...
Ok??
Assalamualaikum.....

Tuesday, March 12, 2013

Aku masih wanita

Assalamualaikum.... 
Walaupun tingkah laku aku seakan lelaki...aku masih wanita.... 
Aku wanita... Ya Allah...aku bersyukur menjadi wanita 
walaupun aku bukan wanita yang bisa memikat seribu lelaki 
tetapi...aku masih ada perasaan terhadap lelaki... 
langkah aku kadangkala kaku seperti lelaki 
tapi....jiwa aku tak sekaku langkah aku.. aku juga bisa menangis.... 
Tapi....mereka memandang aku seolah2 aku adalah wanita kental..... 
Sebenarnya...aku tak sekental mana.... Aku masih wanita yang punya kelemahan.... 
Percakapan aku tiada sopannya.... tiada had.... sama seperti lelaki... 
Tapi.. Aku masih wanita..... Aku tak nafi aku adalah wanita yang asal dari kampung... 
 Tapi....tutur bicara ku masih keras....seperti lelaki... 
 aku malu dengan sikap aku yang kurang lemah lembut... 
aku mahu jadi seperti wanita lain juga.... l
alu aku jaga penampilan ku... 
tapi....tetap kaku pabila aku berbaju kurung,bersolek....
 Adakalanya berubah....tergedik2,terkinja2... Aku tak pinta untuk jadi sebegitu... 
Aku mahu berubah menjadi sesopan yang mungkin.. 

JADI....SAHABAT....tolong lah ajari aku menjadi sesopan kamu.... kerana aku masih punya kekurangan... Mungkin kamu2 yang membaca akan rasa aku mempunyai 2 personaliti yang berbeza... #aku adalah aku...

Saturday, March 09, 2013

Osteoporosis

Assalamualaikum..
hah....apa tu Osteoporosis....
Senang cakap kurang kalsium la...
tadi STL pegi buat pemeriksaan kesihatan.. fokus utama pada tekanan darah..
maklum la nama pon Triple..ngeh3....Berisi2 jugak...pemeriksaan kesihatan kena la buat..ok??
then, STL rasa tekanan darah STL ok je..tak da masalah...
then, STL pegi check tulang STL pulak...
Nak tahu tak....STL punya tulang dah tak ada kalsium....
terkejut juga la kan.....
Diorang nasihat supaya minum susu (anlene atau everyday)...
Selain tu banyakkan berjogging....

-2.5

Yang buat STL pelik...selalunya benda ni selalu berlaku pada orang yang dah meningkat usia....atau sudah menopaus...STL ni muda lagi....20an lagi...
tahu tak kenapa???....
STL pon balik usha-usha apa tu Osteoporosis....

 Pelan tindakan STL seterusnya ialah :-
  • Tambahkan pengambilan makanan yang mengandungi kalsium. Kalsium mudah didapati daripada makanan laut dan hasil tenusu
  •  Ikan bilis mengandungi banyak sumber kalsium jika dimakan bersama tulangnya
  • Tinggalkan amalan kurang sihat seperti merokok dan minum minuman keras
  •  Makan makanan yang seimbang
  • Dapatkan nasihat doktor jika anda ingin mengambil kalsium tambahan kerana lebihan kalsium boleh menyebabkan batu karang
  •  Lakukan senaman secara berkala

Thursday, March 07, 2013

JPBD

Assalamualaikum..
Yooooo....hari ini, STL pergi naik KOMTAR ke pejabat PEGIS dan JPBD....
hhoooohohohoho... macam la baru jejak kaki kat KOMTAR tu..
tak da la....cuma hari ni kami budak-budak planning pergi ramai-ramai..tu yang best tu...
yang penting dapat goody bag dengan makan bihun.....
hahahaha....
STL happy sebab banyak input yang dapat masa pergi sana...
sekarang baru tahu maklumat apa yang kita boleh dapat dari GIS tu....
Tahu tak GIS tu apa-apa??

Ok2....selain itu...the important thing yang mesti ditekankan ialah..
Hargai hasil kerja orang lain, 
titik peluh mereka,
usaha keras mereka,
jasa dan masa mereka...

Benda ni memang ulang-ulang banyak kali masa talk tu...ngeh3...
STL sangat2 mengantuk mula-mula tu...ye la semalam tidur lewat melayan sepupu...
Bangun pagi rasa malas ja nak pi....
Untung aku pergi....ilmu tu tak pernah rugi punn..kan? kan? kan?

Yaaayyy...macam sardin...
# perasan tak background dan segala-galanya kat blog ni dah bertukar???
mature sikitkan....romantik pulak tu....hahahha

Tuesday, March 05, 2013

Hati...

Assalamualaikum..

Disebabkan terbaca blog yang puisinya sungguh indah....
Buat STL menangis....tak tahan rasa...maksud cinta, sahabat, yang terlalu tersirat seribu makna...
then...aku pun nak berpuitis2 gak la...ngeh2...

******


Aku selalu berharap kau dapat mengerti setiap bait-bait kata yang aku coretankan di sini..
khas buat mu, pada sesuatu yang aku nanti..yang belum pasti milik aku...
Hati aku pasti melonjak-lonjak jika aku tahu kau membaca...

Kau Tahu...
Setiap kali aku cermin diri aku....aku pandang atas bawah...
Kau dan aku bagai langit dan bumi....aku cuma STL..Aku sakit..sakit bila ada rasa itu...
Aku tak sanggup tatap diri aku..aku takut......

Kau Tahu....
Walaupun pada luarannya, aku Happy-go-lucky.....banyak yang aku simpan dalam hati..
aku hanya mampu simpan....tiada siapa mahu mendengar...
kadang kala aku meluahkan pada yang tak sudi....
Mungkin aku cuma membingitkan telinga mereka saja...

Kau Tahu...
Hati aku ada pada kau tanpa aku sedar...
Aku tak pernah meminta untuk memberi hati pada kau....
tak pernah.....tapi, semua itu hadir tanpa aku duga.....

Kau Tahu...
Aku tak pernah berharap....kita akan kenal dan bersatu....
Aku tak pernah berharap untuk meminta hati kau....
Aku hanya berdoa...supaya aku tidak berharap pada kau...
supaya aku tak pernah meminta-minta...
Aku bukan pengemis cinta.....
Aku masih ada maruah.....

Kau Tahu...
Aku sakit memendam rasa....
cinta aku berbelah bagi....Aku tak tahu mana intan, mana kaca....
Aku tak dapat menilai...aku takut jika aku menilai dengan nafsu, bukan dengan akal..
Semua ini masih terlalu awal untuk aku rasa.....

Kau Tahu...
Jika tertulis kau bukan untuk aku...aku terima...
Aku memilih membahagiakan hati yang diberi pada aku....
aku bukan memilih derita....aku memilih untuk menjadi seorang yang berguna..
Aku takut untuk kecewakan hati itu.....aku takut...takut aku yang salah....
Biarlah....aku bahagia kerana membahagiakan hati dia....

Kau Tahu...
Aku ingin kau sedar wujudnya diri ini dalam hidup kau...
Wujudnya hati ini pada kau....
Wujudnya aku dihadapan kau....
Biarpun......hanya sekilas pandangan, dan sesaat cuma mata kau berkedip....
aku tetap seribu kali tersenyum...
Kerana..... aku sedar, kau yang mengubah aku dengan bantuan Allah....

Aku hanya mampu menadah tangan pada Allah... Menguatkan cinta aku pada mu jika kau untukku...
Merayu pada Pencipta....yang mencipta perasaan yang indah bila melihat kau...
Yang mempertemu kau dan aku.....
Terima Kasih Ya Allah......
Kerana memberi kau, iaitu Anugerah yang terindah untuk aku simpan...



#Antara dunia dan akhirat..