Wednesday, February 27, 2013

Balasan...?? ~ Muhasabah diri




Assalamualaikum....
Setiap apa yang kita lakukan pasti akan dapat balasannya...hukum karma....percaya tak??..
aku nak kaitkan dengan jodoh... ehemmm...
Banyak contoh yang aku tengok sekarang...ada yang betul dengan apa yang orang cakap dan alquran..
perempuan yang baik untuk lelaki yang baik..dan sebaliknya...
Apa yang aku lihat, dengar..betul ada sesetengah perempuan yang baik, dapat lelaki baik..
tapi ada juga yang aku lihat sebaliknya....salah seorang baik, manakala pasangannya,
 berbeza sangat...tapi yang pasti, setiap apa yang berlaku dan telah ditakdirkan untuk kita tu pasti ada hikmatnya...adakalanya, kita dijodohkan dengan pasangan yang buruk sikapnya...
tapi, semua tu sebab Allah nak uji kita...dan itu la ujian kita dalam rumah tangga....


mungkin juga kita dijodohkan dengan baik sikapnya,
 tapi mungkin akan berhadapan dengan masalah yang lain pula....
Yang aku pasti, masalah dan dugaan tu tetap akan datang untuk menguji iman kita..
lagi tinggi iman dan takwanya kita pada sang pencipta..lagi tinggi ujiannya...percaya la...mungkin kita tak nampak kebahagian di dunia..
tapi, diakhirat nanti Insyaallah....akan ada..
Jadi, walau apapun pasangan yang kita dapat, bersabar lah menempuhi ujiannya..
kadangkala kita tak sedar kita diberikan ujian dalam dua jenis..ujian kebahagian dan ujian derita...
Kebahagian yang datang tu sebenarnya nak uji kita sama ada kita ni ingat Allah tak,
sama ada waktu susah dan senang sentiasa bersyukur tak dengan apa yang kita ada waktu tu..
Kesengsaraan yang kita hadapi juga untuk kita ingat kepada Allah...
kerana setiap apa yang berlaku tu telah ditentukan oleh Allah..kita hanya merancang....
Allahuakhbar...

No comments:

Post a Comment