Assalamualaikum....
Setiap apa yang kita lakukan pasti akan dapat
balasannya...hukum karma....percaya tak??..
aku nak kaitkan dengan jodoh...
ehemmm...
Banyak contoh yang aku tengok sekarang...ada yang betul
dengan apa yang orang cakap dan alquran..
perempuan yang baik untuk lelaki yang
baik..dan sebaliknya...
Apa yang aku lihat, dengar..betul ada sesetengah perempuan
yang baik, dapat lelaki baik..
tapi ada juga yang aku lihat sebaliknya....salah
seorang baik, manakala pasangannya,
berbeza sangat...tapi yang pasti, setiap
apa yang berlaku dan telah ditakdirkan untuk kita tu pasti ada
hikmatnya...adakalanya, kita dijodohkan dengan pasangan yang buruk
sikapnya...
tapi, semua tu sebab Allah nak uji kita...dan itu la ujian kita
dalam rumah tangga....
mungkin juga kita dijodohkan dengan baik sikapnya,
tapi
mungkin akan berhadapan dengan masalah yang lain pula....
Yang aku pasti, masalah dan dugaan tu tetap akan datang
untuk menguji iman kita..
lagi tinggi iman dan takwanya kita pada sang
pencipta..lagi tinggi ujiannya...percaya la...mungkin kita tak nampak
kebahagian di dunia..
tapi, diakhirat nanti Insyaallah....akan ada..
Jadi, walau apapun pasangan yang kita dapat, bersabar lah
menempuhi ujiannya..
kadangkala kita tak sedar kita diberikan ujian dalam dua jenis..ujian
kebahagian dan ujian derita...
Kebahagian yang datang tu sebenarnya nak uji kita sama ada
kita ni ingat Allah tak,
sama ada waktu susah dan senang sentiasa bersyukur tak
dengan apa yang kita ada waktu tu..
Kesengsaraan yang kita hadapi juga untuk kita ingat kepada
Allah...
kerana setiap apa yang berlaku tu telah ditentukan oleh Allah..kita
hanya merancang....
Allahuakhbar...
