Saturday, January 12, 2013

Nice day

Assalamualaikum..
disebab semalam aku menghabiskan masa untuk membaca nota-nota itu, pendengaran ku tidak lagi tertumpu pada jam yang menjerit meminta aku mematikannya(kejamnya ayat)
dikejutkan dengan bunyi bising roomate ku yang baru lepas mandi...
ku tatap jam di telepon yang berdering setelah dimatikan..
lalu..
segera bingkas aku bangun ke bilik mandi...
mendapatkan sedikit ketenangan...disebalik wajah ku yang tenang.perasaan yang gelabah berbaur resah..
aku menyelak helaian-helaian nota...sambil memakai baju yang tidak diseterika...
kemudian..bingkas aku bertemankan roomate ke perjuangan kami..
menunggu bas yang tidak cukup diwaktu hujung minggu...
fuuhhh...letih aku menahan jantung yang berdenyut kencang disebabkan darah2 yang memula mengalir laju,..lalu bergerak memberiku tenaga..
aku naiki bas itu...membaca dan terus membaca..aku cuba mengingati setiap bait kata yang dilafazkan 
sepanjang perjalanan ke dewan peperiksaan..
Ya Allah..aku langkahkan kaki ini memasuki ruang peperiksaan..aku belek-belek meja bernombor 332 yang menjadi tempat untuk aku berperang...
entah kenapa..keyakinan untuk menjawab...tiada...kerana subjek hafal kah???
tidak!!...itu tidak boleh dijadikan alasan..
setiap soalan yang bertubi-tubi datang kepada aku..aku jawab dalam keadaan yang tenang..melihat kiri kanan..mencari inspirasi dari wajah pengajarku...mencari sedikit klu...sebaik saja aku ingat..bertubi-tubi juga jawapan yang aku berikan..
Ya Allah..aku yakin dengan jawapan tersebut...aku berdoa dalam hati.... bertawakal kepada Allah atas usaha yang telah aku lakukan..hanya Allah sahaja yang mengetahuinya...
.
.
.

berseorangan dan bersendirian aku berjalan..menunggu bas yang entah bila akan datang pon aku tak tahu..
lama...lama...lama aku menunggu...perasaan sabar..redha dengan tiupan angin yang sepui-sepui bahasa...
nyaman aku rasa...tapi..
angin yang datang menyapa pipi ku dan membawa daun-daun kering bertebangan..
terlihat puting kecil...lalu aku berfikir,..mengenai Maha Pencipta ku...memikirkan bagaimana angin itu tercipta...sesuatu yang abstrak, boleh dirasa, namun aku tak dapat lihat...hanya dapat melihat pergerakannya yang berubah2 sahaja...lalu aku berfikir....begitu kah hidup/kewujudan aku kepada orang lain...??
munculku hanya seketika...kemunculan ku tidak dirasa mereka...bila perlu mereka memanggil aku...
bila tidak perlu...

aku..aku.. bergerak mengikut haluan dan persekitaran aku....tidak!! 
aku bukan begitu...aku bukan angin yang bertindak kerana orang lain...aku bertindak melalui hati aku...
aku berjalan lagi....tidak lagi menunggu bas...terus berjalan..melihat gelajat manusia..menarik nafas lega..
kerana aku masih boleh merasai ketenangan sebegini..aku tahu..ketenangan ini hanya dirasa dikala aku bersendiri dengan alam semula jadi...kerana..
bila aku sendiri..aku hanya berfikir pada alam yang menemani ku..
Kaki ini terus melangkah..walaupun hati ini bercampur baur kerana tujuan ku tidak menentu...
aahhh...aku lupakan bas..terus saja ke tujuan sebenarku...
.
.
Lalu, aku kembali pada kehidupan aku dan manusia...terus mengejar sesuatu yang bukan aku mahu...
bukan kedamaian ini yang aku cari...hanya cinta Allah....ciptaannya..masih banyak yang belum aku terokai.
terus aku menjalani kehidupan bersama yang lain...
jika tiada mereka..mungkin hidup aku sesunyi tadi....menjadi pemalu yang seketika..
malu pada alam yang memandang..
Alhamdulillah..aku diberikan nikmat rasa kepada ciptaan-Mu seperti..
Menghargai....akan aku jaga...


Assalamualaikum...

No comments:

Post a Comment