Monday, October 01, 2012

Ayah

 
hahahhahha...(apa gelak2??)..
lamanya xsentuh blog ni....miss u la...hehehhe...now aku dh masuk sem 3 tahun 2....yahhoo...adooiiyaaii...xsabar nak graduate...ckap sal graduate kan.....sedih pon ada...

yela...kalau masa aku graduate tu...ayah aku masih hidup n kongsi kegembiraan dengan dia....ya allah...
tu la detik2 bahagia seorang bapa bila tgk anak dia yang dia bonceng bawa pergi ke sekolah...masa mendaftar anakya,...saat2 sorang bapa meleraikan ikatan tgn dgn anak dia..msti dia puas lhat anak dia jd seorang yg berguna..yg beri khidmat pada masyarakat,bangsa dan agama... 
tapi aku xsempat tgk airmata kegembiraan seorang ayah saat aku membanggakan dia,....
(my tears already flow) sedih kot...

ok!!...lupakan....
~lalalalalal~ 
life must go on......
di tambah pula bapak tiri yang aku rasa masih blum aku boleh terima....
i force myself to accept him...but...can't

then,sekarang at third semester aku rasa lebih byk masa untuk aku bermain2 ye....(ubah topik)
and aku rasa nak update benda2 yang boleh bagi mafaat lagi bgus kan?? (^-^)
 Untuk korang yang yang dah kematian ibubapa...sabar...
 Pertama: Mengurus Jenazah Ibubapa.
Apabila salah seorang atau kedua-dua ibubapa meninggal dunia, hendaklah kita sebagai anak memastikan jenazah mereka diuruskan secepat mungkin. Pengurusan jenazah terdiri daripada:
1. Memandikan jenazah. 
2.Mengkafan jenazah. 
3.Mensolatkan jenazah. 
4.Mengkebumikan jenazah.

Sekalipun proses pengurusan jenazah dilakukan oleh orang-orang yang terlatih dalamnya, adalah utama jika kita dapat turut serta. Jika tidak tahu apa dan bagaimana caranya untuk turut serta, maka sekarang adalah masa yang tepat untuk mula mencari ilmu tentang pengurusan jenazah. Setiap daripada proses pengurusan jenazah memiliki petunjuk daripada al-Qur’an dan al-Sunnah yang sahih sehingga ia memerlukan buku yang berasingan untuk menerangkannya. Saya tidak akan menerangkannya dalam buku ini, sebaliknya mengesyorkan untuk mendapatkan buku Ahkam al-Jana’iz wa Bid’iha oleh Muhammad Nashr al-Din al-Albani rahimahullah.
Kedua: Melunaskan Hutang Ibubapa.
Apabila ibubapa meninggal dunia, hendaklah kita menyemak sama ada mereka memiliki hutang yang belum dilunaskan. Hutang tersebut terbahagi kepada dua jenis:
Hutang Harta Benda:
Hutang seperti ini akan menawan ibubapa yang meninggal dunia sehinggalah ia dilunaskan. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah bersabda kepada Sa‘ad ibn al-Atswal radhiallahu 'anh yang baru kematian saudaranya:
Saudara kamu tertahan disebabkan hutangnya, oleh itu pergilah engkau melunasinya.
Jika kita tidak mampu membayarnya, maka ia menjadi tanggungjawab negara. Jika negara enggan melaksanakan tanggungjawab tersebut, maka hendaklah umat Islam saling membantu untuk melunasinya. Pilihan lain ialah berjumpa dengan pihak yang dihutang dan berbincang dengan mereka, mudah-mudahan mereka memansuhkan hutang tersebut atau memberi jalan lain yang lebih mudah.
Menyentuh tentang hutang dan harta, janganlah kita merasa berat untuk melaksanakannya. Janganlah hal ini dipandang sebagai “membayar hutang orang lain” tetapi pandanglah ia sebagai “membuat pelaburan dengan Allah”.
Hutang Ibadah:
Jika ibubapa memiliki hajat untuk melaksanakan sesuatu ibadah lalu mereka tidak sempat kerana meninggal dunia, maka kita boleh melaksanakan ibadah tersebut. ‘Abd Allah ibn ‘Abbas radhiallahu 'anhuma menerangkan:
Bahawa seorang wanita daripada Juhainah datang menemui Nabi shallallahu 'alaihi wasallam dan berkata: “Sesungguhnya ibuku bernazar untuk melaksanakan haji akan tetapi dia tidak sempat melaksanakan haji tersebut sehingga dia meninggal dunia. Apakah boleh aku melaksanakan haji tersebut untuknya?”
Rasulullah menjawab: “Ya, hajikanlah dia. Apa pandangan kamu jika ibu kamu memiliki hutang, adakah kamu juga akan melunasinya? Lunaskanlah untuk Allah kerana (hutang kepada) Allah adalah lebih berhak untuk dilunasi.”[3]

Ketiga: Melaksanakan Rancangan Atau Janji Ibubapa.
Jika ibubapa memiliki rancangan tertentu dan mereka tidak sempat melaksanakannya, kita sebagai anak boleh melaksanakannya dan ganjaran kebaikan akan mengalir kepada ibubapa dan juga kita. Jabir bin ‘Abd Allah radhiallahu 'anh menerangkan:
Nabi shallallahu 'alaihi wasallam pernah berkata:
“Apabila datang harta dari Bahrain nescaya aku akan memberi engkau sekian-sekian.”
Namun harta dari Bahrain tidak datang sehinggalah Nabi shallallahu 'alaihi wasallam wafat.
Ketika harta dari Bahrain sampai, Abu Bakar (radhiallahu 'anh) memerintahkan seseorang menyeru: “Sesiapa yang memiliki janji atau hutang dengan Nabi shallallahu 'alaihi wasallam datanglah kepada kami.”
Maka aku datang dan berkata: “Sesungguhnya Nabi shallallahu 'alaihi wasallam berjanji kepada aku sekian-sekian.” Maka dia memberi aku satu genggaman dan aku menghitungnya,
ternyata jumlahnya lima ratus (dirham). Dia berkata: “Ambillah lagi seumpamanya.”[4]
Dalam hadis di atas, janji Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam kepada Jabir dilaksanakan oleh Abu Bakar radhiallahu 'anh sebagai pemerintah pada saat itu. Dalam kes ibubapa, janji atau rancangan mereka boleh dilaksanakan oleh anak-anaknya.
 
 Keempat: Melakukan Kebaikan Yang Disyari‘atkan.
Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:
Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya. [al-Najm 53:39]
Seorang anak adalah hasil usaha ibubapanya sebagaimana sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam:
Sesungguhnya sebaik-baik apa yang dimakan oleh seseorang ialah daripada hasil usahanya sendiri dan anaknya termasuk daripada hasil usahanya.[5]
Justeru apa jua kebaikan yang selari dengan syari‘at yang dilakukan oleh kita sebagai seorang anak, seperti beribadah, bersedekah, amar ma’ruf dan nahi mungkar dan selainnya, maka ibubapa akan memperoleh ganjaran. Ganjaran tersebut akan diperolehi oleh ibubapa sama ada kita meniatkan atau tidak, kebaikan yang dilakukan itu kepada mereka.
Antara contoh kebaikan yang memberi manfaat kepada ibubapa ialah apabila kita “mengambil al-Qur’an” sebagaimana hadis berikut daripada Buraidah radhiallahu 'anh:
Aku duduk di sisi Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, lalu aku mendengar baginda bersabda:
“Pelajarilah surah al-Baqarah kerana mengambilnya merupakan keberkatan, meninggalkannya merupakan kerugian dan orang yang suka membuat kebatilan tidak akan mampu mengilmuinya.”
Kemudian baginda diam sesaat, lalu bersabda:
“Pelajarilah surah al-Baqarah dan Ali Imran kerana kedua-duanya adalah al-Zahrawan yang menaungi orang yang memilikinya pada Hari Kiamat, seakan-akan dua gumpalan awan atau dua barisan burung.
Sesungguhnya al-Qur’an akan menemui pemiliknya pada Hari Kiamat ketika dia dibangkitkan daripada kuburnya seperti seseorang yang berkulit kuning, lalu dikatakan kepadanya:
“Adakah kamu mengenal aku?”
Dia menjawab: “Aku tidak mengenal engkau.”
Dikatakan (lagi) kepadanya: ““Adakah kamu mengenal aku?”
Dia menjawab: “Aku tidak mengenal engkau.”
Lalu dikatakan: “Aku adalah sahabat kamu: al-Qur’an,
yang telah membuat kamu kehausan pada siang hari
dan menyebabkan kamu tidak tidur pada malam hari.
Sesungguhnya setiap pedagang berada di belakang barang dagangannya
sedangkan kamu pada hari ini berada di belakang semua barang dagangan.”[6]
Lalu dia diberi kerajaan dari arah kanannya, diberi keabdian dari sebelah kirinya,
diletakkan di atas kepalanya mahkota kebesaran dan ibubapanya dikenakan pakaian yang membuatkan seluruh penduduk dunia berdiri menghormati mereka berdua. Maka mereka berdua bertanya:
“Dengan apakah menyebabkan kami menerima semua ini?”
Dijawab: “Dengan sebab anak kalian berdua yang mengambil al-Qur’an.”
Kemudian dikatakan (kepada anak tersebut):
“Bacalah (al-Qur'an) dan naiklah darjat-darjat syurga dan ruangan-ruangannya.”
Dia terus naik selama membaca al-Qur’an sama ada secara cepat atau perlahan.
Dimaksudkan yang mengambil al-Qur’an adalah melaksanakan apa yang dituntut ke atas setiap orang Islam terhadap al-Qur’an, iaitu:
1. Beriman kepadanya.
2. Membacanya dengan disiplin tajwid.
3. Menelaahnya, yakni memerhati dan mengkaji kandungannya (tadabbur). 
4.Mempraktikkannya dalam segala liku kehidupan. 
5.Menyampaikannya sama ada untuk tujuan dakwah atau menegakkan hujah.
6. Membelanya daripada tuduhan orientalis dan penyelewengan segelintir umat Islam.

Apabila kita melaksanakan keenam-enam tuntutan di atas sekuat mampu, maka kita dikira telah mengambil al-Qur’an dan diberi kedudukan yang mulia di Hari Akhirat kelak. Kemuliaan ini juga kemudiannya dikurniakan kepada ibubapa kita sebagaimana yang dijelaskan dalam hadis di atas. Contoh kebaikan lain yang dapat kita lakukan untuk ibubapa ialah bersedekah, seperti mana hadis berikut daripada ‘Abd Allah ibn ‘Abbas radhiallahu 'anhuma:
Sesungguhnya datang seorang lelaki dan bertanya kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam: “Sesungguhnya ibuku meninggal dunia, apakah bermanfaat untuknya jika aku bersedekah untuknya?” Rasulullah menjawab: “Ya.”
Lelaki itu lantas berkata: “Sesungguhnya aku memiliki sebuah kebun yang berbuah,
maka saya persaksikan kepada engkau bahawa aku mensedekahkannya untuknya.”

 Kelima: Meneruskan Apa Yang Baik dan Menghentikan Apa Yang Buruk.
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
Sesiapa yang memulakan dalam Islam sunnah yang baik lalu ia diamalkan selepas itu,
ditulis untuknya (pahala) seperti pahala orang yang mengamalkannya tanpa dikurangkan pahala mereka (para pengamal itu) sedikit pun.
Sesiapa yang memulakan dalam Islam sunnah yang jahat lalu ia diamalkan selepas itu
ditulis untuknya (dosa) seperti dosa orang yang mengamalkannya tanpa dikurangkan dosa mereka
(para pengamal itu) sedikit pun.
Senafas dengan hadis di atas adalah:
Apabila seorang manusia meninggal dunia, terputuslah daripadanya amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariyahnya atau ilmunya yang dimanfaatkan atau anak shalih yang mendoakannya.

 

No comments:

Post a Comment