hahahhahha...(apa gelak2??)..
lamanya xsentuh blog ni....miss u la...hehehhe...now aku dh masuk sem 3 tahun 2....yahhoo...adooiiyaaii...xsabar nak graduate...ckap sal graduate kan.....sedih pon ada...
yela...kalau masa aku graduate tu...ayah aku masih hidup n kongsi kegembiraan dengan dia....ya allah...
tu la detik2 bahagia seorang bapa bila tgk anak dia yang dia bonceng bawa pergi ke sekolah...masa mendaftar anakya,...saat2 sorang bapa meleraikan ikatan tgn dgn anak dia..msti dia puas lhat anak dia jd seorang yg berguna..yg beri khidmat pada masyarakat,bangsa dan agama...
tapi aku xsempat tgk airmata kegembiraan seorang ayah saat aku membanggakan dia,....
(my tears already flow) sedih kot...
ok!!...lupakan....
~lalalalalal~
life must go on......
di tambah pula bapak tiri yang aku rasa masih blum aku boleh terima....
i force myself to accept him...but...can't
then,sekarang at third semester aku rasa lebih byk masa untuk aku bermain2 ye....(ubah topik)
and aku rasa nak update benda2 yang boleh bagi mafaat lagi bgus kan?? (^-^)
Untuk korang yang yang dah kematian ibubapa...sabar...
Pertama: Mengurus Jenazah Ibubapa.
Apabila salah seorang atau kedua-dua ibubapa meninggal dunia,
hendaklah kita sebagai anak memastikan jenazah mereka diuruskan
secepat mungkin. Pengurusan jenazah terdiri daripada:
1. Memandikan jenazah.
2.Mengkafan jenazah.
3.Mensolatkan jenazah.
4.Mengkebumikan jenazah.
Sekalipun proses pengurusan jenazah dilakukan oleh orang-orang yang
terlatih dalamnya, adalah utama jika kita dapat turut serta. Jika
tidak tahu apa dan bagaimana caranya untuk turut serta, maka
sekarang adalah masa yang tepat untuk mula mencari ilmu tentang
pengurusan jenazah. Setiap daripada proses pengurusan jenazah
memiliki petunjuk daripada al-Qur’an dan al-Sunnah yang sahih
sehingga ia memerlukan buku yang berasingan untuk menerangkannya.
Saya tidak akan menerangkannya dalam buku ini, sebaliknya
mengesyorkan untuk mendapatkan buku Ahkam al-Jana’iz wa Bid’iha
oleh Muhammad Nashr al-Din al-Albani rahimahullah.
Kedua: Melunaskan Hutang Ibubapa.
Apabila ibubapa meninggal dunia, hendaklah kita menyemak sama ada
mereka memiliki hutang yang belum dilunaskan. Hutang tersebut
terbahagi kepada dua jenis:
Hutang Harta Benda:
Hutang seperti ini akan menawan ibubapa yang meninggal dunia
sehinggalah ia dilunaskan. Rasulullah shallallahu 'alaihi
wasallam pernah bersabda kepada Sa‘ad ibn al-Atswal
radhiallahu 'anh yang baru kematian saudaranya:
Saudara kamu tertahan disebabkan hutangnya, oleh itu pergilah engkau
melunasinya.
Jika kita tidak mampu membayarnya, maka ia menjadi tanggungjawab
negara. Jika negara enggan melaksanakan tanggungjawab tersebut, maka
hendaklah umat Islam saling membantu untuk melunasinya. Pilihan lain
ialah berjumpa dengan pihak yang dihutang dan berbincang dengan
mereka, mudah-mudahan mereka memansuhkan hutang tersebut atau
memberi jalan lain yang lebih mudah.
Menyentuh tentang hutang dan harta, janganlah kita merasa berat
untuk melaksanakannya. Janganlah hal ini dipandang sebagai “membayar
hutang orang lain” tetapi pandanglah ia sebagai “membuat pelaburan
dengan Allah”.
Hutang Ibadah:
Jika ibubapa memiliki hajat untuk melaksanakan sesuatu ibadah lalu
mereka tidak sempat kerana meninggal dunia, maka kita boleh
melaksanakan ibadah tersebut. ‘Abd Allah ibn ‘Abbas radhiallahu 'anhuma
menerangkan:
Bahawa seorang wanita daripada Juhainah datang menemui Nabi
shallallahu 'alaihi wasallam dan berkata: “Sesungguhnya ibuku
bernazar untuk melaksanakan haji akan tetapi dia tidak sempat
melaksanakan haji tersebut sehingga dia meninggal dunia. Apakah
boleh aku melaksanakan haji tersebut untuknya?”
Rasulullah menjawab: “Ya, hajikanlah dia. Apa pandangan kamu jika
ibu kamu memiliki hutang, adakah kamu juga akan melunasinya?
Lunaskanlah untuk Allah kerana (hutang kepada) Allah adalah lebih
berhak untuk dilunasi.”
Ketiga: Melaksanakan Rancangan Atau Janji Ibubapa.
Jika ibubapa memiliki rancangan tertentu dan mereka tidak sempat
melaksanakannya, kita sebagai anak boleh melaksanakannya dan
ganjaran kebaikan akan mengalir kepada ibubapa dan juga kita. Jabir
bin ‘Abd Allah radhiallahu 'anh menerangkan:
Nabi
shallallahu 'alaihi wasallam pernah berkata:
“Apabila datang
harta dari Bahrain nescaya aku akan memberi engkau sekian-sekian.”
Namun harta dari Bahrain tidak datang sehinggalah Nabi
shallallahu 'alaihi wasallam wafat.
Ketika harta dari Bahrain sampai, Abu Bakar (radhiallahu 'anh)
memerintahkan seseorang menyeru: “Sesiapa yang memiliki janji atau
hutang dengan Nabi
shallallahu 'alaihi wasallam datanglah kepada kami.”
Maka aku datang dan berkata: “Sesungguhnya Nabi
shallallahu 'alaihi wasallam berjanji kepada aku sekian-sekian.”
Maka dia memberi aku satu genggaman dan aku menghitungnya,
ternyata
jumlahnya lima ratus (dirham). Dia berkata: “Ambillah lagi
seumpamanya.”
Dalam hadis di atas, janji Rasulullah shallallahu 'alaihi
wasallam kepada Jabir dilaksanakan oleh Abu Bakar radhiallahu
'anh sebagai pemerintah pada saat itu. Dalam kes ibubapa, janji
atau rancangan mereka boleh dilaksanakan oleh anak-anaknya.
Keempat: Melakukan Kebaikan Yang Disyari‘atkan.
Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:
Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan
(balasan) apa yang diusahakannya.
[al-Najm 53:39]
Seorang anak adalah hasil usaha ibubapanya sebagaimana sabda
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam:
Sesungguhnya sebaik-baik apa yang dimakan oleh seseorang ialah
daripada hasil usahanya sendiri dan anaknya termasuk daripada hasil
usahanya.
Justeru apa jua kebaikan yang selari dengan syari‘at yang dilakukan
oleh kita sebagai seorang anak, seperti beribadah, bersedekah,
amar ma’ruf dan nahi mungkar dan selainnya, maka ibubapa
akan memperoleh ganjaran. Ganjaran tersebut akan diperolehi oleh
ibubapa sama ada kita meniatkan atau tidak, kebaikan yang dilakukan
itu kepada mereka.
Antara contoh kebaikan yang memberi manfaat kepada ibubapa ialah
apabila kita “mengambil al-Qur’an” sebagaimana hadis berikut
daripada Buraidah radhiallahu 'anh:
Aku duduk di sisi Nabi
shallallahu 'alaihi wasallam, lalu aku mendengar baginda bersabda:
“Pelajarilah surah al-Baqarah kerana mengambilnya merupakan
keberkatan, meninggalkannya merupakan kerugian dan orang yang suka
membuat kebatilan tidak akan mampu mengilmuinya.”
Kemudian baginda
diam sesaat, lalu bersabda:
“Pelajarilah surah al-Baqarah dan Ali Imran kerana kedua-duanya
adalah al-Zahrawan yang menaungi orang yang memilikinya pada Hari
Kiamat, seakan-akan dua gumpalan awan atau dua barisan burung.
Sesungguhnya al-Qur’an akan menemui pemiliknya pada Hari Kiamat
ketika dia dibangkitkan daripada kuburnya seperti seseorang yang
berkulit kuning, lalu dikatakan kepadanya:
“Adakah kamu mengenal aku?”
Dia menjawab: “Aku tidak mengenal engkau.”
Dikatakan (lagi)
kepadanya: ““Adakah kamu mengenal aku?”
Dia menjawab: “Aku tidak
mengenal engkau.”
Lalu dikatakan: “Aku adalah sahabat kamu:
al-Qur’an,
yang telah membuat kamu kehausan pada siang hari
dan
menyebabkan kamu tidak tidur pada malam hari.
Sesungguhnya setiap
pedagang berada di belakang barang dagangannya
sedangkan kamu pada
hari ini berada di belakang semua barang dagangan.”
Lalu dia diberi kerajaan dari arah kanannya, diberi keabdian dari
sebelah kirinya,
diletakkan di atas kepalanya mahkota kebesaran dan
ibubapanya dikenakan pakaian yang membuatkan seluruh penduduk dunia
berdiri menghormati mereka berdua. Maka mereka berdua bertanya:
“Dengan apakah menyebabkan kami menerima semua ini?”
Dijawab:
“Dengan sebab anak kalian berdua yang mengambil al-Qur’an.”
Kemudian dikatakan (kepada anak tersebut):
“Bacalah (al-Qur'an) dan
naiklah darjat-darjat syurga dan ruangan-ruangannya.”
Dia terus naik
selama membaca al-Qur’an sama ada secara cepat atau perlahan.
Dimaksudkan yang “mengambil al-Qur’an” adalah
melaksanakan apa yang dituntut ke atas setiap orang Islam terhadap
al-Qur’an, iaitu:
1. Beriman kepadanya.
2. Membacanya dengan disiplin tajwid.
3. Menelaahnya, yakni memerhati dan mengkaji kandungannya (tadabbur).
4.Mempraktikkannya dalam segala liku kehidupan.
5.Menyampaikannya sama ada untuk tujuan dakwah atau menegakkan
hujah.
6. Membelanya daripada tuduhan orientalis dan penyelewengan
segelintir umat Islam.
Apabila kita melaksanakan keenam-enam tuntutan di atas sekuat mampu,
maka kita dikira telah “mengambil al-Qur’an” dan
diberi kedudukan yang mulia di Hari Akhirat kelak. Kemuliaan ini
juga kemudiannya dikurniakan kepada ibubapa kita sebagaimana yang
dijelaskan dalam hadis di atas. Contoh kebaikan lain yang dapat kita lakukan untuk ibubapa ialah
bersedekah, seperti mana hadis berikut daripada ‘Abd Allah ibn
‘Abbas radhiallahu 'anhuma:
Sesungguhnya datang seorang lelaki dan bertanya kepada Rasulullah
shallallahu 'alaihi wasallam: “Sesungguhnya ibuku meninggal dunia,
apakah bermanfaat untuknya jika aku bersedekah untuknya?” Rasulullah
menjawab: “Ya.”
Lelaki itu lantas berkata: “Sesungguhnya aku
memiliki sebuah kebun yang berbuah,
maka saya persaksikan kepada
engkau bahawa aku mensedekahkannya untuknya.”
Kelima: Meneruskan Apa Yang Baik dan Menghentikan
Apa Yang Buruk.
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
Sesiapa yang memulakan dalam Islam sunnah yang baik lalu ia
diamalkan selepas itu,
ditulis untuknya (pahala) seperti pahala
orang yang mengamalkannya tanpa dikurangkan pahala mereka (para
pengamal itu) sedikit pun.
Sesiapa yang memulakan dalam Islam sunnah
yang jahat lalu ia diamalkan selepas itu
ditulis untuknya (dosa)
seperti dosa orang yang mengamalkannya tanpa dikurangkan dosa mereka
(para pengamal itu) sedikit pun.
Senafas dengan hadis di atas adalah:
Apabila seorang manusia meninggal dunia, terputuslah daripadanya
amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariyahnya atau ilmunya yang
dimanfaatkan atau anak shalih yang mendoakannya.